Monday, 10 September 2012

Dalam Kenangan...

     Assalamualaikum,

Maybe ini pertama kali aku tulis Blog, Okay untuk pertama, Blog ni disiapkan oleh Aimi , So Design or apa semua, dia lah yang Buat, Aku just tulis Blog, hehe. Okay berbalik kepada tajuk aku "Dalam Kenangan" .. Before that, sedekahkan Al-fatihah untuk arwah atuk aku yang baru bertemu ilahi pada 05 september 2012 bersamaan 18 syawal 1433H pada jam 5.30 pagi. AL-FATIHAH~

Tajuk aku ini berasaskan arwah atuk aku, maksudnya aku nak ceritalah kenangan bersama arwah atuk aku. Arwah atuk aku ini, pemurah orangnya. K bayangkan setiap kali nak raya, dia bagi setiap seorang RM100, dari isteri dia sampai lah cucunya. Tapi tahun ini dia seperti tau ajalnya akan sampai. Jadi dia bagi setiap seorang RM150. Tapi serius aku tak terfikir pun kenapa tetiba tahun ini atuk aku bagi lebih....

Seterusnya, aku masih ingat janji dia. Dia kata setiap satu A dalam SPM dia akan beri RM50. Tapi janji itu hanya tinggal kenangan, sekarang dia insyaAllah aman di alam barzakh kerana aku yakin dia ditempatkan di kalangan orang beriman sebab masa arwah meninggal, cara dia meninggal sangat mulia, berbaring sambil tangan mengangkat takbir :-) See, beruntung atuk aku. Then lepas dah mandikan, aku and keluarga semua cium pipi dia. Kami semua pelik, kenapa langsung tak berkedut dan kasar muka dia. Bersih macam bayi baru lahir. Mungkin itu tanggapan aku and keluarga lah, tapi aku yakin atuk aku dikalangan orang yg beriman. InsyaAllah :-)

For the last, gambar arwah atuk aku dalam kenangan :'-)



Semoga Atuk tenang di sana ... Al-Fatihah~












No comments:

Post a Comment